Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESERTA KONVOI KENDERAAN LASAK LEMAS DI SUNGAI LEBIR

DALAM NEGARA

PESERTA KONVOI KENDERAAN LASAK LEMAS DI SUNGAI LEBIR

Seorang peserta konvoi kenderaan lasak meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Lebir dekat Kampung Aring 6, Gua Musang, petang semalam.

GUA MUSANG: Seorang peserta konvoi kenderaan lasak meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Lebir dekat Kampung Aring 6 di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Mohd Hanafiah Abd Hamid, 54, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pukul 5.30 petang. 

Beliau berkata peniaga dari Putrajaya yang merupakan antara peserta Program Jamboree Peminat 4X4 Sungai Lebir itu dikatakan tergelincir ketika mandi di sungai berkenaan, dan dihanyutkan ke kawasan air yang dalam.

“Rakan-rakannya cuba membantu, tetapi gagal dan mayat dijumpai pada pukul 5.30 petang di tempat kejadian oleh anggota JBPM dan APM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mayat kemudiannya dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading