Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERTAS SIASATAN PENGIKUT AJARAN THE AHMADI KE PEJABAT PEGUAM NEGARA

DALAM NEGARA

KERTAS SIASATAN PENGIKUT AJARAN THE AHMADI KE PEJABAT PEGUAM NEGARA

Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)  di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)  di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lapan suspek berumur 18 hingga 56 tahun itu, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat.

“Mereka dibebaskan Isnin lepas dengan jaminan polis setelah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 31 Julai lepas, lapan individu dipercayai ahli “The Ahmadi Religion of Peace and Light” (The Ahmadi) ditahan selepas mengadakan perhimpunan di depan Sogo, dengan memegang plakad menyokong LGBT.

Sementara itu, mengulas tentang program yang julung kali diadakan itu, Mohd Shuhaily berkata ia diadakan bagi mengeratkan hubungan di samping menanamkan gaya hidup sihat dalam diri anggota polis Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 180 peserta membabitkan 36 pasukan mewakili 10 jabatan di IPK Kuala Lumpur dan enam daerah polis Kuala Lumpur termasuk dua pasukan media terlibat dalam program berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading