JADIKAN APARTMEN SEBAGAI “PERKAMPUNGAN”, JIM TAHAN 425 PENDATANG TANPA IZIN
Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelakkan diri daripada ditahan oleh Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam tong sampah dan almari, tidak berhasil apabila ditahan dalam satu operasi di Cheria Heights Apartment, Taman Bukit Cheras, di sini awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelakkan diri daripada ditahan oleh Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam tong sampah dan almari, tidak berhasil apabila ditahan dalam satu operasi di Cheria Heights Apartment, Taman Bukit Cheras, di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata serbuan dilakukan hasil siasatan dan risikan selama dua minggu ekoran aduan orang awam yang mengatakan jumlah warga asing terlalu ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.
“Dalam operasi yang dijalankan oleh 60 pegawai dan anggota JIM bermula 1 pagi dan berakhir 4 pagi, sebanyak 425 pendatang tanpa izin ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa atau tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara selain pemegang kad yang tidak diiktiraf.
“Mereka yang ditahan iaitu 372 lelaki dan 53 wanita terdiri daripada warga Bangladesh sebanyak 252 orang, Myanmar (108), Filipina (dua), Indonesia (30), Kemboja (enam), Nepal (20) dan tujuh warga Pakistan yang kesemuanya berumur lingkungan lapan hingga 54 tahun,” katanya dalam sidang media selepas operasi itu.
Menurutnya, siasatan mendapati warga asing yang ditahan itu bekerja dalam pelbagai bidang termasuk sektor pembinaan dan pembersihan.
Beliau berkata semasa operasi dilakukan, ada dalam kalangan warga asing berkenaan turut bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek termasuk botol bagi mengelakkan diri ditahan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Syamsul Bahrin berkata selain daripada yang ditahan, terdapat juga warga asing yang tinggal di kawasan itu adalah dalam kalangan pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang mempunyai pas kerja yang sah.
“Untuk warga Myanmar, mereka mempunyai kad yang berdasarkan persatuan atau etnik mereka, namun kad berkenaan tidak sah digunakan dan tidak diiktiraf (dalam negara).
“Mereka yang hanya ada kad tersebut sebagai pengenalan diri, imigresen akan tahan mereka,” katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager