Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM GUNA KENDERAAN SEDIA ADA DI PEJABAT, TOLAK MERCEDES S600

DALAM NEGARA

PM GUNA KENDERAAN SEDIA ADA DI PEJABAT, TOLAK MERCEDES S600

Langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Katanya langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar, 75,  yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya.

Selain itu Anwar juga mengingatkan agar anggota Kabinetnya yang akan datang untuk tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading