PM SERU KELUARGA MALAYSIA AMAL ‘TASAMUH’ DALAM BERMASYARAKAT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa.
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa.
Beliau berkata Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud toleransi atau berlapang dada iaitu bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan misalnya toleransi dalam agama adalah sikap saling menghormati hak serta kewajipan antara agama.
Perdana Menteri berkata dalam realiti Keluarga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, sudah pasti kepelbagaian budaya serta adat resam menjadi satu keunikan yang perlu diraikan sekali gus mewujudkan masyarakat aman dan sejahtera.
“Mana-mana budaya yang tidak bertentangan dengan akidah Iaslam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.
“Tasamuh adalah asas utama dalam menghadapi keragaman dan perbezaan bangsa dan agama lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya serta bahasanya,” katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1443H/2022M di Pusat Islam Iskandar hari ini.
Justeru, Ismail Sabri berkata bagi negara yang memiliki bangsa dan budaya majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan semua pihak.
Beliau berkata penganjuran majlis itu juga bersesuaian dengan konsep Tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai serta memahami nilai perbezaan.
Perdana Menteri juga berkata bersesuaian dengan tema MTHQK kali ini iaitu ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti,’ ia menjadi titik tolak bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.
Dengan kecanggihan kemajuan teknologi, beliau berkata tiada alasan lagi untuk umat Islam tidak meluangkan masa mendengar atau membaca al-Quran.
“Ini kerana terdapat aplikasi al-Quran digital yang boleh dimuat naik dalam peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba. Ia dapat didengar pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.
“Sebagai contoh dalam perjalanan ke sekolah dan pejabat, semasa mengharungi kesesakan lalu lintas dan juga di waktu senggang kita. Maka peluang keemasan seperti ini perlu diambil oleh seluruh umat Islam dalam mempertingkat amal ibadah kepada Allah SWT,” katanya.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Selepas dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19, penganjuran majlis itu yang berlangsung selama enam hari mulai hari ini, menyaksikan seramai 110 orang mengambil bahagian dengan 29 menyertai Majlis Tilawah Al-Quran manakala 81 lagi menyertai Majlis Hafazan Al-Quran.
Kali terakhir Johor menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran ialah pada 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked