Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN SUSPEK KES ROGOL 19 TAHUN LEPAS DISAMBUNG TIGA HARI

DALAM NEGARA

REMAN SUSPEK KES ROGOL 19 TAHUN LEPAS DISAMBUNG TIGA HARI

Reman terhadap seorang lelaki berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas (2003) disambung tiga hari lagi sehingga 16 Jun ini.

Sumber Gambar: AFP

PARIT BUNTAR: Reman terhadap seorang lelaki berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas (2003) disambung tiga hari lagi sehingga 16 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat ketika dihubungi berkata perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dilapor, suspek berusia 40 tahun itu sebelum ini telah direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai bermula 10 Jun sehingga hari ini.

Polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilapor berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis.

Menurutnya, hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis percaya dapat menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada 2003 dengan tertangkapnya suspek.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading