Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI CEROBOH, BUAT KHIANAT DI TANAH PERKUBURAN

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI CEROBOH, BUAT KHIANAT DI TANAH PERKUBURAN

BAGAN SERAI: Polis menahan reman seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol di sini yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lepas dan direman bermula 10 hingga 15 Jun ini.

“Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading