Petanda-petanda krisis ekonomi ini timbul dari sehari ke sehari sejak hujung tahun lepas. Dengan sensasi-sensasi isu domestik, nampaknya kita kurang memberikan perhatian dalam bersedia mendepani bencana kewangan global yang bakal melanda.
Petanda-petanda krisis ekonomi ini timbul dari sehari ke sehari sejak hujung tahun lepas. Dengan sensasi-sensasi isu domestik, nampaknya kita kurang memberikan perhatian dalam bersedia mendepani bencana kewangan global yang bakal melanda. Memandangkan negara ini sangat bergantung kepada industri tertentu yang bertapak di Amerika Syarikat (AS), ianya boleh diandaikan sebagai amaran awal, sebelum kita memasuki ‘ribut ekonomi’ yang berpotensi membawa bencana kemusnahan berskala besar. Ayuh kita rungkai satu persatu.
Amerika Syarikat dan Perniagaan Global Telah Rugi Besar
Dalam artikel yang disiarkan oleh CNN menyatakan bahawa saham berasaskan industri AS mengalami kerugian USD7 trillion sehingga kini.
Saham syarikat global terkemuka seperti Apple, Microsoft, Amazon, Google, Meta (Facebook), Netflix and Tesla telah mencatatkan purata kerugian tahunan lebih 70 peratus. Kerugian pada skala ini belum pernah dicatatkan pada tahun-tahun sebelumnya. Situasi ini benar-benar meresahkan para pelabur mereka.
Bagi memahami prestasi perniagaan pada kebelakangan, ada satu kajian tinjauan untuk sama-sama kita perhatikan. Dalam tinjauan berkaitan prestasi perniagaan global dijalankan oleh CNBC pada penggal kedua tahun ini. Hasil dapatan yang diterima mencatatkan: hanya 6% dalam prestasi yang cemerlang, 18% dalam prestasi baik, 31% dalam prestasi sederhana rendah dan 44% dalam prestasi yang merugikan. Jelas di sini, majoriti perniagaan sedang mengalami kerugian dan mungkin menghadapi defisit kewangan yang serius.
Para Pelabur Diberi Amaran
Dalam bulan lalu, 4 syarikat besar: Apple, Meta, Tesla dan Amazon mencatatkan penurunan nilai saham dari 16-31 peratus. Secara keseluruhan, USD 3 trillion adalah nilai kerugian terkini sektor teknologi dicatatkan sehingga Mei 2022 seperti yang dinyatakan oleh TheEdgeMarket.
Yang paling signifikan adalah ketika para pelabur bagi syarikat berkenaan telah menerima emel makluman untuk bersedia kepada kemungkinan terjadinya krisis ekonomi dalam tempoh terdekat. Para pelabur perlu bersedia untuk melakukan langkah mitigasi risiko bagi portfolio pelaburan masing-masing (Sumber: Fortune)
Reaksi Kepada Petanda Awal Krisis
Petanda-petanda ini mencetuskan reaksi yang rencam daripada pelbagai pemegang taruh. Ada sebilangan memberikan ramalan tentang waktu bakal berlaku ‘ribut ekonomi’ ini. Sebahagian penganalisis menyatakan ianya bakal terjadi pada awal tahun atau hujung tahun 2023 (Sumber: CBS News dan World Economic Forum 2022).
Ada juga pakar ekonomi yang cenderung dengan pendapat ianya terjadi pada tahun ini seperti yang dipetik daripada CNBC. Perbincangan mengenai cakap-cakap ekonomi tidak terhenti pada ramalan bila akan terjadinya krisis ini, bahkan pakar ekonomi ada menyatakan pendapat mereka berkenaan ‘tahap kerosakan’ dan ‘skala bencana’ yang bakal berlaku.
Sebilangan pakar ekonomi yang berpandangan, kesannya ‘ringan’ sahaja dan strategi ‘soft landing’ mungkin diperlukan (Sumber: USA Today) Namun, bagi Alan Blinder dalam satu artikel terbitan Wall Street Journal pula berpendapat sebaliknya dengan menegaskan krisis ini adalah serius dan kritikal. Bahkan, beliau mengakui “Perubahan dasar kewangan negara sewaktu kemelesetan ekonomi bukanlah strategi yang mudah”. Beliau mengaitkan kenyataan ini dengan isu gelembung perumahan yang tercetus pada tahun 2008, turut gagal ditangani meskipun dasar kewangan digubal oleh kerajaan Amerika Syarikat pada waktu itu.
Deutsche Bank, pemain sektor perbankan pula memberi amaran yang jelas bahawa ‘ribut ekonomi’ ini bakal berlaku masa yang terdekat pada tahap yang serius bahkan kesannya akan menjejaskan pasaran global. Kajian Deutsche bank adalah berdasarkan kajian trend serta indeks inflasi dan pengangguran sepanjang tempoh 60 tahun di Amerika Syarikat. Deustche Bank turut menyatakan langkah-langkah yang digerakkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat belum pernah berkesan dalam menangani impak negatif kedua-dua isu ini sejak awal 1980-an.
Langkah Seterusnya Mendepani Krisis
‘Ribut ekonomi’ ini tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, langkah pengurusan dan mitigasi risiko wajib disegerakan.
Pertama, arus perdanakan amaran dan petanda-petanda ini di saluran berita utama supaya semua pemegang taruh terutamanya rakyat bersedia dan para pemain ekonomi boleh menggerakkan pelan mitigasi risiko. Isu sensasi domestik sedia ada seolah-olah telah menenggelamkan isu ‘ribut ekonomi’ yang sedang menuju ke arah kita.
Kedua, melalui kajian risiko kita sudah kenal pasti bahawa harga produk dan servis berkaitan teknologi tinggi dan digital ada kemungkinan bakal dinaikkan, maka lakukan perolehan dan langganan pada waktu ini sementara harga masih berpatutan : sebagai langkah penjimatan.
Ketiga, wujudnya risiko pengurangan pengambilan tenaga kerja dan peningkatan indeks pengganguran terutamanya dalam kalangan graduan muda yang tidak berkesudahan. Sekiranya krisis ini terjadi, impak negatif akan berganda. Kita harus serius menggerakkan usaha supaya mekanism dan dasar yang efektif perlu disemak semula, ditambahbaik dan dikuatkuasakan segera.
Di hadapan pintu ‘ribut ekonomi’ ini. Sektor ketiga seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi serta badan kebajikan perlu bersedia dengan peningkatan mendadak para penerima manfaat yang terkesan merentas lokaliti dan kelas pendapatan. Semakin ramai yang bakal menderita dibadai ‘ribut krisis’ ini. Solusi-solusi inovatif dan efektif perlu dijana bagi menyelesaikan isu-isu ini supaya krisis kemanusiaan seperti kemurungan melampau, malnutrisi dan kehilangan akses kepada pendidikan dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan sewaktu terjadinya ‘ribut ekonomi’ dapat dikurangkan.
Kesan langsung dari segi kewangan di sektor ketiga ini adalah adanya kemungkinan besar berlakunya penurunan drastik dalam jumlah sumbangan dana daripada penyumbang koporat dan individu dalam beberapa penggal kewangan akan datang. Ini bakal menjejaskan tunjang operasi organisasi secara keseluruhan. Antara tindakan terbaik yang boleh diambil adalah memperkayakan strategi penjanaan dana termasuk membina kesedaran lestari, penggunaan optimum teknologi digital baru dan membina kerjasama strategik rentas organisasi bagi perkongsian sumber yang lebih efisyen.
Dasar dan pelaksanaan strategik berkenaan jaringan keselamatan sosial dan ekonomi pula perlu rancak diketengahkan dan digerakkan sekarang untuk membina daya tahan di setiap peringkat sebelum segalanya terlambat. — AlHijrah Online
Haris Sharim adalah Penyelidik Kumpulan, Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF), UiTM Cawangan Melaka
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager