POLIS AKAN MINTA MCMC TURUNKAN KANDUNGAN TANGKAP LAYAR SIASATAN KES ZAYN RAYYAN
Polis akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menurunkan tangkap layar yang didakwa laporan siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak malam tadi.
KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menurunkan tangkap layar yang didakwa laporan siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar berkenaan.
“Polis sedang meneliti isi kandungan tangkap layar berkenaan. Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menggangu perjalanan perbicaraan kes (Zayn Rayyan) yang akhirnya nanti keadilan mungkin tidak dapat diberikan kepada adik Zayn Rayyan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Turut hadir timbalan beliau DCP Fadil Marsus.
Mohd Shuhaily berkata segala maklumat berkaitan kes Zayn Rayyan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak rasmi sahaja dan masyarakat dinasihatkan tidak mempercayai atau berkongsi maklumat yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Tindakan ini tidak membantu mana-mana pihak sama ada di pihak pendakwaan, polis mahupun keluarga mangsa.
“Tindakan berkenaan juga boleh menggugat segala kerja keras pasukan penyiasat yang telah bertungkus lumus menyiasat kes ini,” katanya.
Mengulas mengenai adik kepada Zayn Rayyan yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shuhaily berpendapat ia merupakan tanggungjawab moral dan undang-undangpihak berkenaan untuk berbuat demikian.
“Ia mungkin susulan JKM melihat adalah perlu bagi pihaknya mengambil anak kedua pasangan berkenaan susulan mereka telah dituduh mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Mengenai kenyataan Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu bahawa siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan sehinga pelaku sebenar ditemukan, Mohd Shuhaily sekali lagi menegaskan bahawa siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut seksyen berkenaan telah selesai.
“Siasatan di pihak kami (polis) telah selesai bagaimanapun siasatan boleh dibuka kembali sekiranya timbul bukti baharu semasa perbicaraan nanti dan terdapat arahan daripada pihak pendakwaan,” katanya.
Fahmi dalam sidang medianya semalam dilapor berkata polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak akan berhenti untuk mencari siapa pelaku sebenar.
Semalam, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked