POLIS GUNA SEMUA PERUNTUKAN BAWAH BIDANG KUASANYA SIASAT KES ZAYN RAYYAN
Polis telah menggunakan segala peruntukan di bawah bidang kuasanya dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk menyekat komunikasi antara kedua ibu bapanya dengan peguam ketika direman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika sidang media khas Pengarah JSJ di Bukit Aman di sini hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah menggunakan segala peruntukan di bawah bidang kuasanya dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk menyekat komunikasi antara kedua ibu bapanya dengan peguam ketika direman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata polis diberikan hak untuk menolak pemohonan peguam untuk berjumpa pasangan berkenaan mengikut Seksyen 28 A (8) Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata Bahagian 5 Kuasa Istimewa Penyiasat pada seksyen berkenaan memberi kuasa kepada pihak polis untuk berbuat demikian semasa siasatan dijalankan.
“Polis tidak mempunyai sebarang niat tidak baik semasa menguatkuasakan peruntukan berkenaan kerana fokus polis hanya untuk menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan semua peruntukan disediakan,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bukit Aman di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata tujuan polis membawa ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 juga adalah bertujuan untuk memastikan semua keterangan dan pendedahan yang diperolehi semasa siasatan boleh diguna pakai di mahkamah ketika perbicaraan.
Beliau berkata pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan telah bertungkus lumus menyiasat dan memeriksa semua keterangan, rakaman kamera litar tertutup, laporan patologi dan bedah siasat yang diperoleh dalam menyelesaikan kes berkenaan.
“Segala butiran dan keterangan dalam kes ini adalah penting dan pegawai penyiasat saya telah melakukan yang sehabis baik dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dikenakan terhadap pasangan itu hari ini merupakan antara tuduhan pilihan yang dikemukakan oleh Bahagian D5 (Pendakwaan dan Undang-Undang) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada pihak pendakwa raya selain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Selepas perbincangan mendalam dijalankan antara pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan memutuskan tuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai pada ketika ini,” katanya.
Beliau berkata polis telah menggunakan segala kepakaran, tenaga kerja dan maklumat yang ada untuk merungkai kes berkenaan walaupun sesetengah pihak mungkin beranggapan tuduhan yang dikenakan sebagai ‘anti klimaks’.
“Sehubungan itu siasatan oleh pihak polis telah tamat di sini dan semua kini di tangan pihak pendakwa raya, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan sekiranya terdapat permintaan daripada pihak pendakwaan,” katanya.
Mohd Shuhaily turut memohon orang ramai untuk tidak lagi membuat spekulasi berhubung kes berkenaan dan membenarkan proses perbicaraan dijalankan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada arwah.
“Kes ini amat sensitif kerana ia melibatkan seorang kanak-kanak istimewa dan tertuduh pula ibu dan bapanya, saya berharap masyarakat di luar sana berhenti membuat spekulasi mengenai kes ini agar keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan,” katanya.
Terdahulu hari ini, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember lepas.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis lepas mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Ibu bapa kanak-kanak itu yang ditahan pada 31 Mei lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor direman selama 13 hari bermula 1 Jun lepas bagi membantu siasatan.
Polis turut menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan semalam di Subang Bestari pada 2.30 petang, mereka berdua bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager