POLIS SIASAT SYARIKAT JURUSAJI PERDAYA PAKEJ PERKAHWINAN
Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.
SEREMBAN: Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya juga mengesan nombor akaun bank selain mendapatkan maklumat pemilik akaun menerusi portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS) serta telco yang digunakan mereka.
“Kita rujuk SSM untuk dapatkan butiran pemilik perniagaan dan nombor akaun. Mangsa yang juga pengantin perempuan mengatakan tidak pernah berjumpa jurusaji dari Shah Alam, Selangor itu secara bersemuka dan semua urusan dilakukan secara dalam talian.
“Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu didapati berurusan dengan syarikat tersebut pada 3 April lepas di Facebook, sebelum membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan keseluruhan berjumlah RM13,200 untuk pakej perkahwinan yang diadakan pada dua hari lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, wanita itu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan dan membuat laporan polis sebelum majlis perkahwinan berkenaan berlangsung bagi tindakan selanjutnya.
Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked