Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI LIWAT MURID TAHUN ENAM

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI LIWAT MURID TAHUN ENAM

Mengulas lanjut katanya, sepanjang berada di asrama tersebut mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali dan selepas kejadian itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbangkan keselamatan diri.

MELAKA TENGAH: Polis Melaka menahan seorang lelaki selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak berusia sebanyak 30 kali, di sebuah asrama lelaki saudara baharu, di sini sejak Mei lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, detik hitam yang dipendam mangsa selama tujuh bulan itu terbongkar selepas mangsa bertindak menceritakan perkara sebenar kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan kerap diganggu suspek berusia 20 tahun.

Beliau berkata, kejadian pertama oleh mangsa dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama.

“Pada kejadian pertama 14 Mei lalu, suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.

“Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut katanya, sepanjang berada di asrama tersebut mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali dan selepas kejadian itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbangkan keselamatan diri.

Katanya, mangsa kemudian bertindak menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada Ahad lalu sebelum bapanya itu menghubungi suspek dan memintanya datang ke rumah.

“Kira-kira pukul 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota RELA tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.

“Mangsa tinggal di berkenaan sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,” tambahnya.

Katanya, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.—AlHijrah Online / Shuhada Abdul Kadir


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading