GAZA: Warga Palestin di Gaza yang kehilangan tempat tinggal mengalami ‘malam ngeri’ pada malam sambutan Krismas apabila serangan udara Israel melanda kawasan kediaman, membunuh dan mencederakan ramai penduduk.
Penduduk kem pelarian al-Maghazi dan al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza memaklumkan Agensi Berita Xinhua bahawa mereka melarikan diri daripada rumah masing-masing semasa waktu subuh pada Isnin selepas menempuh “malam penuh cabaran”.
Islam al-Hamid, 40, ibu kepada orang tiga anak dari al-Maghazi berkata tentera Israel memberi amaran kepada mereka supaya mengosongkan kem beberapa hari lepas namun beliau tidak menjangkakan serangan itu agak teruk terhadap penduduk yang enggan berpindah.
“Saya dan keluarga saya semuanya cedera. Saya melihat banyak mayat di atas tanah semasa saya diselamatkan,” katanya.
Kem Al-Maghazi adalah antara kem pelarian terkecil di Gaza, baik daripada segi saiz dan populasi.
Ia dicirikan oleh lorong-lorongnya yang sempit dan kepadatan penduduk yang tinggi, dengan kira-kira 27,000 orang mendiami kawasan tidak melebihi 0.6 kilometer persegi.
Jurucakap Hospital Al-Aqsa, Khalil Al-Dakran berkata sekurang-kurangnya 95 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh atau cedera dalam serangan di Al-Maghazi.
Pertahanan Awam Palestin berkata ramai mangsa masih berada di bawah runtuhan kerana kekurangan peralatan menyelamat. Memburukkan keadaan, serangan udara Israel itu turut menghalang akses ambulans dan kenderaan pertahanan awam.
Seorang penduduk kem al-Bureij, Mahdi Manasrah berkata beliau kehilangan kira-kira 30 saudara mara dalam serangan Israel di kawasan itu.
Pejabat media Gaza berkata, lebih 50 serangan udara Israel melanda kem al-Nuseirat, al-Bureij, dan al-Maghazi pada malam sebelum Krismas.
Pejabat kemanusiaan PBB memberi amaran mengenai situasi buruk, merujuk kepada pembuangan najis di merata-rata tempat dan risiko penularan penyakit, terutamanya dalam cuaca buruk.
Kira-kira 1.9 juta orang atau 85 peratus daripada penduduk Gaza, kehilangan tempat tinggal sejak konflik antara Israel-Hamas tercetus sejak 7 Okt di mana 20,674 warga Palestin terkorban.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.