“Apa yang penting berikan maklumat tepat untuk kami lakukan siasatan. Setiap aduan diterima akan direkod dan maklumat pengadu juga boleh dirahsiakan sekiranya mereka inginkan,”
PUTRAJAYA: Portal aduan buli dilancarkan hari ini bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah, katanya.
Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.
“Talian khas tersebut boleh dihubungi 24 jam dan setiap aduan akan diambil tindakan segera oleh KPM,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas melancarkan portal aduan buli di sini hari ini.
Turut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.
Mengulas lanjut, Radzi berkata sebanyak 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara direkodkan antara Januari dan Julai tahun ini.
“Apa yang penting berikan maklumat tepat untuk kami lakukan siasatan. Setiap aduan diterima akan direkod dan maklumat pengadu juga boleh dirahsiakan sekiranya mereka inginkan,” katanya yang meminta orang ramai memanfaatkan portal aduan buli itu.
Radzi dalam ucapannya pada majlis itu menegaskan yang KPM tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pihak sekolah juga telah diarahkan untuk tidak menyembunyikan kes buli di tempat mereka.
“Kita tidak perlu berselindung dan tidak perlu sorokkan (kes buli)… sebab itu ketika saya masuk kementerian jika ada kes buli kami tidak pernah sorokkan.
“Kami maklumkan pada pihak sekolah jangan ada sesiapa yang cuba sorokkan kes buli ini kerana untuk selesaikan masalah, kita kena faham setakat mana perkara ini berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata beliau telah mengarahkan pihak polis untuk memberi penekanan terhadap kejadian buli yang berlaku di sekolah.
“Generasi baharu beranggapan buli itu perkara biasa dan sebab itu kita ingin buli ini dikurangkan. Saya setuju polis beri penekanan untuk turun ke sekolah untuk beri lebih banyak penerangan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.