Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN LELAKI GUNTING JALUR GEMILANG DI IBU KOTA

DALAM NEGARA

POLIS KESAN LELAKI GUNTING JALUR GEMILANG DI IBU KOTA

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung insiden menggunting Jalur Gemilang, dalam kejadian dipercayai berlaku petang semalam di ibu negara.

Tangkap layar video tular.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung insiden menggunting Jalur Gemilang, dalam kejadian dipercayai berlaku petang semalam di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi Tik Tok memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang di sini.

Menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, beliau telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading