Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PRESIDEN ABBAS MAHU SIDANG TERGEMPAR UNSC SELEPAS PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI NUSEIRAT

DUNIA

PRESIDEN ABBAS MAHU SIDANG TERGEMPAR UNSC SELEPAS PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI NUSEIRAT

Abbas sedang giat berusaha secara diplomatik dengan pihak berkepentingan Arab dan antarabangsa untuk mengadakan sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB.

RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas telah mengarahkan wakil Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan bagi membincangkan kesan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel di Kem Pelarian Nuseirat, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Serangan Israel ke atas kem Nuseirat telah mengorbankan lebih 210 orang dan mencederakan hampir 4,000 orang.

Abbas sedang giat berusaha secara diplomatik dengan pihak berkepentingan Arab dan antarabangsa untuk mengadakan sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB.

Tujuannya adalah untuk menangani serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan memaksa Israel mematuhi resolusi antarabangsa, termasuk yang menyeru gencatan senjata segera, menurut laporan itu.

Abbas menekankan keperluan mendesak untuk campur tangan antarabangsa bagi menghentikan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Beliau menegaskan bahawa Israel terus mengambil kesempatan atas tindakan berdiam diri antarabangsa dan sokongan Amerika Syarikat untuk melakukan jenayah yang melanggar semua resolusi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading