MALAYSIA GESA NEGARA D-8 SUPAYA TIDAK HULUR BANTUAN KEPADA ISRAEL
Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada pembiayaan ketenteraannya dan pendudukan haram di Palestin.
PUTRAJAYA: Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada pembiayaan ketenteraannya dan pendudukan haram di Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian sebagai respons kepada perjuangan rakyat Palestin dalam ucapannya di Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar D-8 di Istanbul, Turkiye pada Sabtu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya pada Ahad berkata Mohamad yang menegaskan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin telah menekankan tiga lagi perkara pada mesyuarat itu iaitu menggesa D-8 secara sebulat suara menyokong gencatan senjata yang kekal dan berkesan di Gaza, meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat serta tanpa halangan kepada penduduk Palestin, selain mengadakan kerjasama antara D-8 dan Palestin secara rasmi.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia dan negara anggota D-8 yang lain telah bersama-sama menyatakan solidariti dan sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin, sebagaimana yang digariskan dalam Deklarasi Mesyuarat Tergempar itu yang telah diluluskan.
“Malaysia dan negara anggota D-8 yang lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza dan keseluruhan Wilayah Palestin yang diduduki.
Deklarasi itu juga menuntut satu gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat, selain menyokong segala usaha untuk memperkasakan ekonomi Palestin serta membina semula Gaza berikutan pengunduran tentera Israel,” katanya.
Sewaktu kunjungannya ke Turkiye, Mohamad juga melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Hakan Fidan.
“Pertemuan yang berlangsung antara kedua-dua menteri itu berkisar mengenai pelbagai isu antarabangsa, serantau dan dua hala yang menyentuh kepentingan bersama, terutamanya situasi di Gaza.
Beliau juga bertukar-tukar pandangannya dengan Fidan mengenai bagaimana D-8 mampu meningkatkan usaha untuk mencari penyelesaian kepada penderitaan yang dialami rakyat Palestin, kata Wisma Putra.
Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat tergempar itu merupakan sebahagian daripada usaha-usaha berterusan negara di pelbagai platform untuk menyokong Palestin dan mencari jalan menamatkan kekejaman Israel di sana. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager