Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, 36 CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN BAS DAN TRELER DI ROMPIN

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, 36 CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN BAS DAN TRELER DI ROMPIN

kejadian berlaku semasa bas membawa 39 orang termasuk dua pemandu itu dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras sekitar pukul 1 pagi.

Keadaan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan. –foto BERNAMA

ROMPIN: Tiga maut manakala 36 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata kejadian berlaku semasa bas membawa 39 orang termasuk dua pemandu itu dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras sekitar pukul 1 pagi.

Beliau berkata yang maut di tempat kejadian ialah seorang guru Hasnatul Adilah Hassan, 48, manakala pemandu kedua bas berkenaan Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia semasa di bawa ke hospital, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan gelap di simpang tiga Bahau apabila bas yang hilang kawalan itu melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik di cerun jalan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mereka yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin dan HTAA untuk menerima rawatan.

Nor Azman seterusnya meminta saksi kejadian supaya tampil membantu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading