Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ZIONIS BUNUH RATUSAN RAKYAT GAZA UNTUK SELAMATKAN EMPAT TAWANAN ISRAEL

DUNIA

TENTERA ZIONIS BUNUH RATUSAN RAKYAT GAZA UNTUK SELAMATKAN EMPAT TAWANAN ISRAEL

Tentera Zionis melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh dan cedera demi menyelamatkan empat tawanan Israel dari tengah Gaza.

Bagaimanapun, Jurucakap Briged Qassam Hamas, Abu Obaida, berkata bahawa tawanan lain telah terbunuh semasa operasi berkenaan.

GAZA: Tentera Zionis melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh dan cedera demi menyelamatkan empat tawanan Israel dari tengah Gaza.

Tentera Israel berkata empat tawanan – Noa Argamani, 25, Almog Meir Jan, 21, Andrey Kozlov dan Shlomi Ziv, 40 telah diselamatkan.

Bagaimanapun, dalam serbuan di Nuseirat itu, pegawai kesihatan Palestin berkata,sekurang-kurangnya 210 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.

Penduduk tempatan yang berlindung di Nuseirat berkata, berlaku serangan udara oleh tentera Israel dan kanak-kanak antara yang terbunuh.

Keempat-empat tawanan dilaporkan berada dalam “keadaan kesihatan yang baik” dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan susulan operasi penyelamatan yang rumit.

Mereka diselamatkan di dua lokasi berasingan di tengah-tengah Nuseirat.

Komander Israel, Arnon Zamora terbunuh dalam misi itu.

Bagaimanapun, Jurucakap Briged Qassam Hamas, Abu Obaida, berkata bahawa tawanan lain telah terbunuh semasa operasi berkenaan.

Operasi pada Sabtu itu merupakan misi terbesar menjejaki tawanan hidup sejak 7 Oktober, menjadikan jumlah tawanan yang diselamatkan kepada tujuh orang.

Minggu lalu, tentera Israel telah berkata bahawa 120 tawanan masih berada di Gaza, termasuk 41 yang dipercayai telah mati.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata misi berkenaan melalui siri tembakan hebat di persekitaran bandar paling kompleks di Gaza ketika tentera menyelamatkan tawanan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading