PRU-15: TEMPOH 14 HARI BERKEMPEN TAMAT PADA 11.59 MALAM INI
Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan langsung terutamanya pada hari pengundian esok di 222 kerusi Parlimen, dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15), serta DUN Bugaya, Sabah.
KUALA LUMPUR: Tempoh 14 hari berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov, akan tamat pada pukul 11.59 malam ini.
Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan langsung terutamanya pada hari pengundian esok di 222 kerusi Parlimen, dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15), serta DUN Bugaya, Sabah.
Bagaimanapun status kerusi Parlimen Padang Serai masih belum dapat diputuskan setakat ini sama ada pengundian akan dapat dijalankan berikutan kematian penyandangnya yang juga calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya, selain Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan status kerusi berkenaan.
Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU15, Sabtu ini.
SPR dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan agensi itu akan menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.
Akta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang membuka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya semasa hari pengundian.
PRU kali ini mencatat sejarah apabila seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam rekod PRU negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap keadaan harmoni serta lancar semasa berkempen tanpa sebarang isu besar melibatkan provokasi atau keganasan melampau ketika ini, berterusan sehingga hari mengundi pada Sabtu.
Sementara itu, setakat semalam (17 Nov), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 2,148 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen PRU15.
Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata 326 permit dikeluarkan di Sabah, Pahang (300), Sarawak (293), Perak (221), Johor (208), Kedah (180), Kelantan (147), Selangor (112), Negeri Sembilan (103), Melaka (94), Terengganu (89), Pulau Pinang (40), Perlis (23) dan Kuala Lumpur (12).
Selain itu, polis turut membuka 20 kertas siasatan iaitu masing-masing empat di Selangor dan Kuala Lumpur, Sarawak (tiga), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu antaranya melibatkan kesalahan menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik serta calon.
PRU kali ini menyaksikan jumlah pengundi semakin ramai iaitu seramai 21.1 juta pemilih berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU14. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked