QARI PAPAR, QARIAH KOTA KINABALU MUNCUL JUARA TILAWAH AL-QURAN SABAH
TAWAU: Guru sebuah sekolah rendah agama Hamdi Yusop dan Nur Faten Izzati Rablin seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022M di sini malam ini.
Wakil Daerah Papar Hamdi Yusop @ Yusof menerima hadiah selaku Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022M. — Bernama
TAWAU: Guru sebuah sekolah rendah agama Hamdi Yusop dan Nur Faten Izzati Rablin seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022M di sini malam tadi.
Hamdi yang mewakili daerah Papar dan Nur Faten Izzati mewakili daerah Kota Kinabalu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala dan sijil penyertaan selain hadiah iringan termasuk pakej mengerjakan haji.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau di sini yang turut dihadiri isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Hamdi yang memperoleh 89.3 peratus markah mengatasi qari dari Putatan iaitu Nashraf Ideen Nahar yang mendapat 89 peratus markah, manakala Zunaidi Misdaranai mewakili Kota Kinabalu memperoleh 85.8 peratus markah di tempat ketiga.
Nur Faten Izzati yang mendapat 88 peratus markah mengatasi qariah Nabilah Syafawati Sapari dari Nabawan memperoleh 80 peratus markah manakala wakil Putatan iaitu Pangiran Dayang Saliah Awang Salleh di tempat ketiga dengan 78.6 peratus markah.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada Nur Faten Izzati Rablin yang muncul sebagai Johan Qariah Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sabah,
Hamdi juga diumum sebagai Johan Terbaik keseluruhan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala iringan.
Hamdi dan Nur Faten Izzati bakal mewakili negeri Sabah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini yang dijadual diadakan di Johor pada Jun.
Sementara itu, Juhar ketika berucap menangguhkan majlis itu berkata negara memerlukan masyarakat yang bersemangat untuk maju, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi turut digabungkan dengan nilai-nilai ubudiah dan keusahawanan.
“Dalam kerangka ini, saya amat mengalu-alukan usaha pihak kerajaan mewujudkan sekolah bersepadu yang menyatukan pendidikan agama dan akademik secara seimbang.
“Demikian juga penekanan yang diberikan kepada subjek sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik di samping pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional,” katanya.
Menurutnya, perkara itu penting kerana ketaatan kepada ajaran agama dan penguasaan terhadap kedua-duanya menjadi tunjang utama bagi mengupaya generasi hari ini memain peranan yang proaktif, kreatif, inovatif dan berdaya saing sekali gus dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi global pada masa hadapan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked