Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QURAN@114 PROGRAM MARTABAT AL-QURAN TERBARU TV ALHIJRAH

DALAM NEGARA

QURAN@114 PROGRAM MARTABAT AL-QURAN TERBARU TV ALHIJRAH

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan program My #QuranTime yg diterbitkan dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, TV AlHIjrah bakal menerbitkan program martabat Al-Quran melalui rancangan baharu Quran@114.

Program yang bakal disiarkan setiap hari selama satu jam bermula 2 Januari 2023 itu akan memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabur, Tajwid, dan Taranum.

Tahsin Al-Quran iaitu proses memperbaiki, memperelok dan memperindah bacaan Al-Quran dari segala aspek seperti tajwid, makhraj huruf dan sebagainya akan dilaksana dengan lebih mudah dalam Quran@114 khususnya buat para pemula.

Quran@114 akan membawa masyarakat untuk mentadabur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah.

Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Siaran langsung Quran@114 boleh diikuti di platform televisyen dan digital TV AlHijrah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading