RASUAH URUS JENAZAH: DUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DIPENJARA, DENDA
Dua penolong pegawai perubatan di Hospital Kajang dipenjara masing-masing lapan dan enam hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah antara 2019 dan 2021.
Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
SHAH ALAM: Dua penolong pegawai perubatan di Hospital Kajang dipenjara masing-masing lapan dan enam hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah antara 2019 dan 2021.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Redzuan Che Husain, 34, dan Mohd Fariq Ariffin, 34, selepas masing-masing mengaku bersalah atas empat dan tiga pertuduhan pilihan.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua hari bagi setiap pertuduhan kepada kedua-dua tertuduh dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.
Mahkamah juga mengenakan hukuman denda keseluruhan RM20,000 atau penjara 24 bulan kepada Mohd Redzuan bagi empat pertuduhan pilihan manakala Mohd Fariq didenda RM11,000 atau penjara 18 bulan (tiga pertuduhan pilihan).
Berdasarkan kesemua pertuduhan pilihan itu, kedua-dua tertuduh yang semasa kejadian bertugas di Unit Forensik, masing-masing menerima suapan RM1,550 dan RM1,000 daripada Nur Azlan Azmi melalui akaun CIMB Bank milik mereka tanpa sebarang balasan daripada Nur Azlan yang diketahui oleh kedua-dua lelaki itu ada kaitan dengan tugas rasmi mereka iaitu bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing di sebuah cawangan CIMB Bank di Ipoh, Perak dan Petaling Jaya, dekat sini antara 14 Ogos 2019 dan 21 Jan 2021.
Bagi kesemua kesalahan itu, kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Fikah Sanusi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked