SUAMI ISTERI DITAHAN DIPERCAYAI ABAI RAWATAN ANAK MELECUR
Polis menahan suami isteri bagi membantu siasatan melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.
JOHOR BAHRU: Polis menahan suami isteri bagi membantu siasatan melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pasangan berusia 36 dan 33 tahun itu ditahan pada 2 pagi tadi semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian serta akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau berkata terdapat kesan terbakar dan melecur di bahagian sendi, beberapa anggota badan di bahagian kanan badan hingga kaki, lengan kiri, kedua-dua bahagian paha dan bahagian telinga kanan mangsa berusia sembilan tahun itu akibat kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, pihaknya mempercayai kanak-kanak itu tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum rakan kepada ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu membuat laporan polis semalam.
“Laporan polis dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapa mangsa yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan.
“Walaupun sudah lima hari berlalu sehingga laporan polis dibuat, (tiada rawatan dibuat menyebabkan) luka mangsa semakin teruk dan sudah mula berbau. Laporan juga dibuat untuk tindakan lanjut pihak polis kerana pengadu mengesyaki terdapat pengabaian terhadap kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan.
Mohammad Shofee berkata siasatan awal oleh pegawai penyiasat terhadap ibu mangsa mendapati ketika kejadian, mangsa sedang bermain api bersama adiknya dan dilihat membaling bekas telur ke dalam api.
“Kemudian, ibu mangsa yang berada dalam rumah ketika itu terdengar bunyi letupan di luar dan nampak kelibat mangsa berlari dengan baju dan seluar terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah.
“Bapa mangsa juga telah membantu memadamkan api pada baju mangsa sebelum membawanya masuk ke dalam rumah,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit serta ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke mana-mana hospital untuk rawatan.
Katanya kanak-kanak itu kini stabil di Hospital Pontian dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.