Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA

Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Honda dipandu seorang wanita berusia 26 tahun keluar dari simpang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kereta terbabit

BALING: Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Klinik Kesihatan Kupang, di sini pagi tadi.

Kemalangan berlaku 11.30 pagi tadi melibatkan mangsa Rogayah Abdul Hamid, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mamat berkata, siasatan mendapati motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa datang dari arah pekan Baling menghala ke Simpang Tiga Landak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Honda dipandu seorang wanita berusia 26 tahun keluar dari simpang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mangsa dipercayai melambung dan terjatuh di laluan bertentangan akibat dirempuh kereta tersebut.

Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading