RATUSAN PENGUNJUNG SAKSIKAN FENOMENA GERHANA BULAN PENUH DI PLANETARIUM NEGARA
Hampir 500 pengunjung membanjiri Planetarium Negara di sini seawal 9 malam tadi bagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon dalam Program Pencerapan anjuran agensi berkenaan.
KUALA LUMPUR: Hampir 500 pengunjung membanjiri Planetarium Negara di sini seawal 9 malam tadi bagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon dalam Program Pencerapan anjuran agensi berkenaan.
Bagaimanapun, fenomena itu tidak dapat dilihat sepenuhnya akibat cuaca kurang baik tetapi orang ramai masih berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra sekitar 11.30 malam.
Gerhana bulan penumbra berlaku ketika fasa bulan penuh apabila cahaya bulan menjadi suram akibat terlindung oleh bumi. Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar dan memerlukan bantuan teleskop yang dihalakan ke arah Timur.P
Pengunjung, Norazura Mohd, 38, berkata pengalaman kali pertama bersama anak-anak melihat fenomena itu menggunakan teleskop merupakan pendedahan awal mengenai ilmu astronomi.
“Anak kedua saya memang meminati bidang astronomi dan sangat teruja apabila mengetahui tentang program ini. Walaupun tidak berkesempatan melihat fenomena blood moon, sekurang-kurangnya mereka dapat tengok sendiri gerhana bulan penumbra menggunakan teleskop. Pendedahan seperti ini sangat bermanfaat,” katanya kepada Bernama.
Bagi Farisha Azmira Mohd Naim, 27, pula beliau datang ke program itu semata-mata teruja untuk melihat ‘bulan berdarah’ atau blood moon buat kali pertama sambil menyifatkan fenomena itu sebagai bukti kekuasaan Ilahi.
“Saya mengetahuinya dari media sosial rasmi Planetarium Negara dan datang seawal 9 malam dari Meru, Klang bersama rakan-rakan untuk melihatnya. Walaupun tiada rezeki tetapi saya sangat berpuas hati kerana dapat merasai suasana seperti ini bersama orang awam sekali gus mendekatkan diri dengan alam semesta ciptaan Tuhan,” katanya.
Sebanyak lima teleskop disediakan termasuk satu khusus bagi siaran langsung di media sosial rasmi Planetarium Negara.
Sementara itu, Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor dilapor berkata perubahan warna bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai terus ke bulan, namun sebahagian cahaya masih berjaya melepasi atmosfera.
“Fenomena gerhana kali ini bermula 11.28 malam Ahad dengan fasa penumbra sebelum mencapai puncak sekitar 2 pagi dan berakhir pada 4.55 pagi,” katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei.
Fasa gerhana bulan terdiri daripada Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked