Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA CUBA SERANG SULTAN NAZRIN DIDAKWA LAKUKAN KEKERASAN JENAYAH

DALAM NEGARA

WANITA CUBA SERANG SULTAN NAZRIN DIDAKWA LAKUKAN KEKERASAN JENAYAH

Wanita yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri lepas, hari ini didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. 

Sumber: BERNAMA

IPOH: Wanita yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri lepas, hari ini didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda di Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Nurshazwani Afni Mohamad Zorki, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Nurshazwani Afni didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kekerasan jenayah ke atas Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 31 Ogos, 8.20 pagi.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum sehingga tiga bulan penjara atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon supaya pertuduhan dibacakan tanpa pengakuan kerana pemeriksaan awal mendapati tertuduh mempunyai penyakit skizofrenia. 

Nasrul Hadi juga memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. 

Katanya ia bagi pengesahan penyakit skizofrenia yang dihadapi tertuduh dan menilai kewarasannya semasa kejadian serta boleh membuat pengakuan bagi dibicarakan. 

Majistret kemudian membenarkan permohonan tersebut. 

Tertuduh diwakili peguam M. Saravanan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. 

Pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak lepas, seorang wanita ditahan kerana menceroboh pentas utama dan cuba menyerang Sultan Nazrin ketika lagu kebesaran negeri berkumandang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading