PENGARAH SYARIKAT PEMBINAAN DIDAKWA PECAH AMANAH, PENGUBAHAN WANG HARAM
Pengarah syarikat pembinaan lebuh raya Tan Sri Abu Sahid Mohamed didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 tuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta berhubung cadangan projek pembinaan lebuh raya MEX II.
KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat pembinaan lebuh raya Tan Sri Abu Sahid Mohamed didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 tuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta berhubung cadangan projek pembinaan lebuh raya MEX II.
Abu Sahid, 74, Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd, yang ke hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1.5 juta dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai dan 3 Nov ditetapkan untuk sebutan kes.
Abu Sahid didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah iaitu sebagai pengarah syarikat Maju Holdings Sdn Bhd diamanahkan dengan penguasaan wang milik Maju Holdings dalam akaun bank, telah melakukan pecah amanah dengan secara tidak jujur menyalahgunakan wang berjumlah lebih RM313 juta di sebuah bank di Bukit Tunku, Taman Tunku di sini antara 3 Mei 2016 hingga 21 Okt 2019.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, mengikut pertuduhan pertama hingga ke-10 membabitkan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa memindahkan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah keseluruhan RM116,449,536.12 daripada akaun bank miliknya kepada lima individu dan empat syarikat pembinaan.
Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa telah melupuskan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah keseluruhan RM22,802,612.86 dengan membuat pengeluaran tunai melalui 15 keping cek daripada akaun miliknya di bank sama antara 4 Mei 2016 hingga 19 Sept 2018.
Abu Sahid didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju supaya jumlah jaminan dibenarkan pada kadar RM1.5 juta bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Ahmad Akram turut memohon supaya kes pecah amanah dan pengubahan wang haram dibicarakan bersama yang kemudiannya dibenarkan oleh Hakim Suzana.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Abu Sahid mengesahkan perkara itu selain tidak membantah permohonan pendakwaan agar kes berkenaan dibicarakan bersama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager