Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI PARAH PERUT TERTUSUK BULUH

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI PARAH PERUT TERTUSUK BULUH

Seorang remaja lelaki parah apabila perutnya tertusuk buluh selepas motosikal yang dinaikinya merempuh sebuah pacuan empat roda dengan muatan buluh yang berada di tepi jalan, malam tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki parah apabila perutnya tertusuk buluh selepas motosikal yang dinaikinya merempuh sebuah pacuan empat roda dengan muatan buluh yang berada di tepi jalan, malam tadi.

Kejadian sekitar jam 9.30 malam itu berlaku di Jalan Gua Musang-Jeli, atas Jambatan Pulau Setelu.

Mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa tertusuk buluh sepanjang dua meter sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang awam untuk rawatan.

Remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

“Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa. Dia menerima rawatan awal di hospital sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan seterusnya,” jelas Supritendan Sik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat di talian 019-9710979.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading