Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN SUSPEK KES BUNUH NUR FARAH KARTINI DILANJUT TUJUH HARI

DALAM NEGARA

REMAN SUSPEK KES BUNUH NUR FARAH KARTINI DILANJUT TUJUH HARI

KUALA KUBU BAHRU: Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi. 

Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dilanjut reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. — Bernama

KUALA KUBU BAHRU: Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi. 

Perintah sambung reman bermula esok hingga 29 Julai ini dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini. 

Lelaki berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari hadir dengan menaiki kereta polis pada 9.04 pagi.

Suspek sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, 15 Julai lepas.

Susulan itu, suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal telah ditahan hari yang sama. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading