BIDEN TARIK DIRI DARIPADA PILIHAN RAYA PRESIDEN AS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden AS dan menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden AS dan menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.
“Adalah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Presiden anda.
“Walaupun saya berniat untuk bertanding semula, saya percaya adalah demi kepentingan parti dan negara untuk saya mengundurkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas sebagai Presiden bagi baki penggal saya,” kata Biden dalam satu kenyataan di platform X.
Biden menyatakan sokongan penuh kepada Harris untuk menggantikan beliau sebagai calon presiden dalam pilihan raya akan datang yang akan diadakan pada 5 Nov, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Demokrat, sudah tiba masanya untuk bersatu dan mengalahkan Trump. Mari kita lakukan ini,” katanya.
Biden berkata beliau akan berucap kepada negara minggu ini dengan menjelaskan lebih terperinci mengenai keputusannya.
Pencalonannya menjadi tumpuan berikutan prestasi hambarnya ketika menentang bekas Presiden Donald Trump dalam debat presiden akhir bulan lalu.
Trump menerima pencalonan presiden Republikan pada Khamis di Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, di tengah-tengah desakan hebat agar Biden menarik diri daripada perlumbaan.
Sementara itu, Harris dalam satu kenyataan berkata beliau berbesar hati menerima sokongan Biden dan hasratnya adalah untuk memperoleh dan memenangi pencalonan ini.
“Sepanjang tahun lalu, saya telah mengembara ke seluruh negara, bercakap dengan rakyat Amerika mengenai pilihan yang jelas dalam pilihan raya bersejarah ini.
“Itulah yang akan saya terus lakukan dalam hari-hari dan minggu-minggu akan datang. Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk menyatukan Parti Demokrat dan menyatukan negara kita bagi mengalahkan Donald Trump dan agenda ekstrem Projek 2025 beliau,” katanya.
“Kita mempunyai 107 hari sebelum menjelang Hari Pilihan Raya. Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang,” tulis Harris.
Menurut CNN memetik sumber, rancangan untuk Biden menarik diri daripada pilihan raya Presiden telah diputuskan pada malam Sabtu dan dimuktamadkan pada Ahad.
Biden masih dalam pemulihan daripada diagnosis COVID-19, dan berehat di kediamannya di Rehoboth Beach, Delaware. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager