Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI: TARIK MINAT PESERTA DEKATI AL-QURAN

DALAM NEGARA

MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI: TARIK MINAT PESERTA DEKATI AL-QURAN

KUALA LUMPUR: Lebih 90 peserta menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani yang bertujuan membangkitkan kesedaran kerohanian terutama berkaitan mentaati Allah SWT dan beramal dengan Al-Quran.

KUALA LUMPUR: Lebih 90 peserta menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani yang bertujuan membangkitkan kesedaran kerohanian terutama berkaitan mentaati Allah SWT dan beramal dengan Al-Quran.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program tiga hari itu antaranya pertandingan azan, hafazan, tazkirah dan nasyid selain turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan kursus sembelihan.

“Program tersebut adalah untuk membangkitkan kesedaran kerohanian kepada peserta untuk menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba Allah SWT dan menarik minat peserta terhadap kepentingan mendekati al-Quran dalam kalangan komuniti hijrah,” kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku pengajur program tersebut.

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani dianjurkan JAKIM bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi Bahagian Pemulihan al-Riqab dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor pada 19 hingga 21 Julai 2024.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran program seperti itu selari tugas agensi Islam untuk membimbing dan menyeru semua pihak ke arah kebaikan.

“Program memberikan pengisian bermanfaat ke arah penghayatan agama Islam dan membina modal insan. Dengan bekalan ilmu semoga seluruh peserta akan diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran mendatang.

“Agensi hal ehwal Islam akan terus memberikan sokongan kepada mereka semua,” katanya selepas majlis perasmian program itu.

Dalam pada itu JAKIM turut menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah yang terdiri daripada Pertubuhan Usrah Fitrah Klang, Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS), Pertubuhan Hijrah Republique, Pertubuhan Nur Muaqobah, PKEMAS, Pertubuhan Cahaya Mentari, One Khalifah dan lain-lain pertubuhan yang menjayakan dan memastikan kehadiran peserta-peserta ke Program Mahrajan Komuniti Madani itu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading