JEMAAH MENTERI AKAN PUTUSKAN LANGKAH, TINDAKAN KECAM ISRAEL SELARI KEPUTUSAN ICJ – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan membuat keputusan untuk langkah dan tindakan negara dalam mengecam Israel, yang selari dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini hari ini. –fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan membuat keputusan untuk langkah dan tindakan negara dalam mengecam Israel, yang selari dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Beliau berkata perkara itu berikutan ICJ memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.
“Malaysia tentunya mendukung keputusan ICJ dan keputusan itu berdasarkan fakta yang jelas tentang keganasan dan kekejaman Israel yang berterusan.
“Oleh itu, kita akan meneliti cadangan dan kesan daripada tindakan keputusan ICJ itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall, di sini hari ini.
Pada 19 Julai, Presiden ICJ Nawaf Salam dilapor berkata mahkamah itu telah mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Wilayah Palestin, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu.
Dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, kata Salam kepada mahkamah dan menurutnya aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.
“Pendudukan Israel di Wilayah Palestin ialah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,” kata Salam seperti yang dilaporkan media antarabangsa.
ICJ di The Hague, Belanda mengadakan pendengaran dari 19 hingga 26 Feb mengenai kesan perundangan terhadap pendudukan Israel di Wilayah Palestin, termasuk Baitulmuqaddis Timur.
Semasa mesyuarat itu, lebih daripada 50 negara dan tiga organisasi antarabangsa – Liga Negara-Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika – membincangkan isu itu.
Delegasi Palestin menggesa mahkamah untuk mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayahnya sebagai tidak sah, kerana ia boleh menjadi harapan terakhir untuk penyelesaian dua negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests