Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RM165.7 JUTA KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KEDUA TERBESAR SELEPAS ZAKAT PENDAPATAN

DALAM NEGARA

RM165.7 JUTA KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KEDUA TERBESAR SELEPAS ZAKAT PENDAPATAN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 peratus daripada kutipan zakat di Wilayah Persekutuan pada 2023 adalah daripada pembayaran zakat perniagaan iaitu sebanyak RM165.7 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata zakat perniagaan merupakan penyumbang kedua terbesar kutipan zakat selepas zakat pendapatan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang masih dan terus menunaikan zakat dan di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada lebih ramai syarikat dan individu di luar sana agar tampil menunaikan zakat demi memastikan lebih ramai asnaf terus terbela,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab menyebarkan dakwah ini bukan terletak kepada institusi agama semata-mata, malah ianya adalah tanggungjawab dan amanah bersama untuk terus menyebarkan Islam di mata dunia begitu juga dengan ibadah zakat.

“Sebagai majikan, ambillah tanggungjawab dan peranan untuk mendidik kakitangan agar menunaikan kewajipan rukun Islam ketiga ini. Sama-sama kita panjangkan kepentingan ibadah ini agar kemanisannya dapat dirasai bersama,” tambahnya lagi.

Mohd Na’im ditemui selepas Majlis Serahan Zakat Perniagaan Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam.

Dalam majlis itu Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM4,254,752.03 daripada 6 syarikat.

Syarikat tersebut ialah, Cypark Resources Berhad, GMA Resources Sdn. Bhd, KPJ Healthcare Berhad dan syarikat-syarikat dalam kumpulan KPJ, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam – SWCorp, dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

PPZ-MAIWP melalui MAIWP menawarkan Skim Wakalah atau Pengembalian Semula Wang Zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan. 

Pembayaran zakat perniagaan serendah RM10,000 dan ke atas boleh mendapat pulangan semula wang zakat sehingga bermula 12.5% sehingga 50% untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang memerlukan.

Syarikat boleh membuat permohonan wakalah sebanyak 50% jika membayar zakat perniagaan melebihi RM1,000,000.00 setahun manakala 37.5% kepada majikan yang mewajibkan potongan gaji sekurang-kurangnya 80% kakitangan membuat potongan zakat kepada PPZ-MAIWP dan melebihi nilai RM100,000.00 setahun. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading