Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAKSI KEMALANGAN MAUT DI SUKE DIMINTA TAMPIL BERI MAKLUMAT

DALAM NEGARA

SAKSI KEMALANGAN MAUT DI SUKE DIMINTA TAMPIL BERI MAKLUMAT

KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil memberi maklumat membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hal itu susulan penunggang motosikal yang melawan arus yang menjadi punca kemalangan berkenaan masih belum dapat dikesan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan untuk mengenal pasti penunggang motosikal yang melawan arus itu.

Sementara itu, Mohd Azam berkata bedah siasat jenazah mangsa kemalangan berkenaan Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, sedang dijalankan di bahagian Forensik Hospital Ampang.

Semalam, Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading