SALAH GUNA JAWATAN: PENSYARAH, ADIK DIPENJARA TIGA TAHUN, DENDA RM807,475
Bagi tujuh pertuduhan, Badaruddin didakwa menggunakan jawatannya sebagai pengarah Pejabat Komunikasi Strategik USM untuk meluluskan Syarikat MK Urusniaga (M) Sdn Bhd milik Mustafa Kamal sebagai pembekal pelbagai barangan dan cenderahati yang kesemuanya bernilai RM153,793 kepada Pejabat Komunikasi Strategik USM antara 22 Sept 2011 dan 23 Nov 2012.
BUTTERWORTH: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM807,475 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyalah guna jawatan dengan meluluskan syarikat milik adiknya bagi membekalkan pelbagai barangan di universiti itu.
Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Prof Badaruddin Mohamed, 57, manakala adiknya Mustafa Kamal, 50, juga dijatuhi hukuman sama atas kesalahan bersubahat dengan abangnya.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap sembilan pertuduhan dihadapi kedua-dua adik beradik itu.
Zulhazmi turut memerintah kedua-dua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan dengan menaikkan wang jaminan kepada RM32,500 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh.
Zulhazmi turut menetapkan syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan kedua-dua tertuduh diserah kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap sebulan sehingga rayuan selesai.
Bagi tujuh pertuduhan, Badaruddin didakwa menggunakan jawatannya sebagai pengarah Pejabat Komunikasi Strategik USM untuk meluluskan Syarikat MK Urusniaga (M) Sdn Bhd milik Mustafa Kamal sebagai pembekal pelbagai barangan dan cenderahati yang kesemuanya bernilai RM153,793 kepada Pejabat Komunikasi Strategik USM antara 22 Sept 2011 dan 23 Nov 2012.
Dua lagi pertuduhan ialah dia dituduh menggunakan jawatannya sebagai Ketua Sustainable Tourism Research Cluster USM untuk meluluskan syarikat milik adiknya itu sebagai pembekal bagi 30 unit ‘souvenirs glass’ bernilai RM3,450 dan biometrik pejabat bernilai RM2,920 kepada Pejabat Sustainable Tourism Research Cluster USM antara 5 Sept 2011 dan 14 Mei 2012.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Badaruddin didakwa mengikut Subseksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama manakala Mustafa Kamal didakwa atas sembilan pertuduhan bersubahat dengan abangnya mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman serupa.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Azlan Basri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi mencerminkan keseriusan kesalahan.
Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili adik-beradik itu merayu hukuman denda yang tidak terlampau tinggi kerana anak guamnya masing-masing menanggung keluarga.
“Badaruddin sekarang telah digantung kerja dan hanya menerima separuh gaji bulanan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager