Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIGA ANGGOTA BUSKERS DITAHAN MILIKI GANJA

DALAM NEGARA

TIGA ANGGOTA BUSKERS DITAHAN MILIKI GANJA

Tiga individu termasuk seorang wanita yang merupakan anggota kumpulan pemuzik jalanan atau ‘buskers’ ditahan kerana memiliki ganja di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu, Langkawi, awal pagi tadi.

ALOR SETAR: Tiga individu termasuk seorang wanita yang merupakan anggota kumpulan pemuzik jalanan atau ‘buskers’ ditahan kerana memiliki ganja di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu, Langkawi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Langkawi pada jam 1.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah itu telah menjumpai satu beg yang mengandungi 17 peket plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja seberat 178.14 gram dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah.

“Turut dijumpai tiga pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 6B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading