Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘SAYA KATA KAPTEN YANG UNDUR DIRI’ – LAPORAN KAPAL GSF TARIK DIRI TIDAK BENAR

DALAM NEGARA

‘SAYA KATA KAPTEN YANG UNDUR DIRI’ – LAPORAN KAPAL GSF TARIK DIRI TIDAK BENAR

Ketua Delegasi Sumud Nusantara Muhammad Nadir al-Nuri Kamaruzaman menegaskan bahawa tiada kapal dalam misi GSF menarik diri.

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan beberapa kapal Global Sumud Flotilla (GSF) menarik diri dalam pelayaran ke perairan Gaza adalah tidak benar.

Ketua Delegasi Sumud Nusantara Muhammad Nadir al-Nuri Kamaruzaman menegaskan bahawa tiada kapal dalam misi GSF menarik diri.

Muhammad Nadir menjelaskan, hanya terdapat beberapa kapal tidak dapat berlayar kerana rosak disabotaj.

“Tak ada kapal GSF tarik diri. Cuma ada yang tak dapat berlayar kerana rosak disabotaj.

“Indonesia pula tarik diri untuk beri ruang kepada delegasi lain sejak di Tunisia lagi,” katanya secara ringkas menerusi hantaran di Facebooknya, malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Media Muslim Care Malaysia Tuan Asri Tuan Hussein yang turut bersama dalam misi GSF menafikan laporan berita yang menyatakan penarikan diri beberapa kapal GSF ke Gaza.

“Saya kata kapten tarik diri, bukan bot. Tajuk tak sama dengan berita,” tegasnya menerusi hantaran di Facebooknya, pagi ini.

Seramai 34 rakyat Malaysia kini berada di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading