IMIGRESEN GEMPUR “LITTLE PAKISTAN”, 196 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 196 pendatang asing tanpa izin dalam operasi menggempur kawasan digelar “Little Pakistan” di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur malam tadi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 196 pendatang asing tanpa izin dalam operasi menggempur kawasan digelar “Little Pakistan” di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata 45 premis perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan hotel diperiksa di sepanjang kira-kira satu kilometer jalan berkenaan, dalam operasi bermula 9 malam hingga 11.30 malam.
“Sebanyak 400 individu diperiksa dan hasilnya 196 pendatang tanpa izin ditahan terdiri daripada 184 lelaki dan 12 perempuan membabitkan 150 warga Pakistan, Indonesia (enam), Bangladesh (21), India (10), Jordan (dua), Nepal (empat), Filipina ( dua) dan seorang warga Sri Lanka berusia antara 12 hingga 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi di sini malam tadi.
Wan Mohammed Saupee berkata pendatang tanpa izin berkenaan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Beliau berkata sebahagian besar pendatang tersebut bekerja di restoran sekitar kawasan tumpuan yang menawarkan pelbagai makanan Pakistan dan pemeriksaan mendapati ada yang melanggar peraturan imigresen.
Beliau berkata walaupun terdapat cubaan melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan di kawasan operasi, semua individu berjaya diberkas tanpa insiden tidak diingini.
“Ada antara mereka dilihat menangis dan pura-pura pengsan. Pemeriksaan turut menemui beberapa pendatang tanpa izin yang disyaki pengemis selepas pihak berkuasa menemukan sejumlah wang kertas satu ringgit pada mereka,” katanya.
Wan Mohammed Saupee berkata selain pendatang tanpa izin, turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga majikan warga tempatan yang disyaki menggaji pendatang tanpa izin di negara ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Dalam operasi itu juga, beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 52 meja dan 204 kerusi kerana menghalang kawasan awam manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM5,500 atas kesalahan penandaan harga dan penggunaan alat timbang.
“Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeluarkan tujuh kompaun kerana pelanggaran berkaitan papan tanda perniagaan dan pendaftaran syarikat, sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu bagi memastikan kawalan keselamatan sepanjang operasi berlangsung,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked