NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuji peranan dan kepimpinan Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penghargaan itu dizahirkan sendiri oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kepada beliau sewaktu mengadakan pertemuan dua hala bersama pemimpin berkenaan di sela-sela Perhimpunan Agung PBB di sini.
Beliau berkata Guterres juga menyatakan bahawa PBB memberi sokongan penuh kepada Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN.
“Guterres amat menghargai dan memuji peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, malah beliau sendiri menyatakan pada pertemuan tadi, bahawa beliau akan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
“Saya juga telah menyerahkan surat jemputan (ke Sidang Kemuncak) daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kepada Setiausaha Agung PBB hari ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke PBB pada Jumaat.
Menurut beliau, dalam pertemuan itu Guterres turut menzahirkan rasa amat gembira dengan peranan dan pendirian Malaysia dalam isu berkaitan Palestin, termasuk ucapan-ucapan Perdana Menteri yang lantang memperjuangkan isu berkenaan di pentas antarabangsa.
“Guterres berkata apa yang dilakukan Malaysia adalah selaras dengan hasrat beliau selaku Setiausaha Agung PBB dan akan memberikan sokongan dalam apa juga bentuk diperlukan Malaysia dan ASEAN supaya isu Palestin yang disifatkannya melangkaui batasan kemanusiaan akan dapat diselaraskan sebaiknya sehingga tertubuhnya sebuah negara Palestin yang medeka,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad yang turut menghadiri Mesyuarat Koordinasi Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu pejabat PBB, berkata ketegasan Malaysia memperjuangkan isu Palestin turut mendapat pengiktirafan pertubuhan itu.
“Banyak negara menghargai ucapan yang begitu tegas (Perdana Menteri) di Doha (kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam).
“Dan sekarang adalah masa untuk kita bertindak, masa untuk pastikan supaya apa saja yang kita nyatakan dapat dilaksanakan secara koordinasi bersama, dan kita mendesak supaya suara dan juga keputusan OIC ini dibawa ke peringkat lebih tinggi lagi di peringkat PBB, dilaksanakan dengan secepat mungkin,” katanya.
Dalam mesyuarat itu, Mohamad turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah kira-kira RM420,000 (US$100,000) yang disalurkan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan OIC untuk Rohingya.
Dalam pada itu, Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya antaranya dari Jordan, Bahrain, Mesir, Turkiye dan Slovenia selain Ketua Pesuruhjaya agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini.
“Dalam pertemuan itu, Slovenia antaranya mahu mengadakan hubungan dua hala yang lebih baik dengan Malaysia dan kita akan membawa perkara ini supaya diadakan hubungan di peringkat pegawai-pegawai kanan antara Malaysia dan Slovenia,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamad memaklumkan beliau juga telah menyerahkan instrumen penyertaan Malaysia bagi Konvensyen Mengenai Pendaftaran Objek Yang Dilancarkan Ke Angkasa Lepas kepada Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Penasihat Undang-Undang PBB Elinor Jane Britt Hammarskjold di ibu pejabat pertubuhan itu hari ini.
Konvensyen itu bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendaftaran objek angkasa yang telus dan bertanggungjawab, sekali gus meningkatkan keselamatan angkasa, ketelusan dan kerjasama antarabangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.