Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI SEMBILAN TAHUN MAUT, JATUH DALAM LUBANG KUMBAHAN DI SEKOLAH

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI SEMBILAN TAHUN MAUT, JATUH DALAM LUBANG KUMBAHAN DI SEKOLAH

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Nilai pada pagi tadi.

NILAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati pada 9.20 pagi tadi mangsa dilihat oleh orang awam telah terjatuh ke dalam saluran kumbahan yang tidak bertutup ketika berlangsungnya program kejohanan sukan olahraga di sekolah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba tiba di lokasi telah mengeluarkan mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Alzafny berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading