BUDI95: HARI PERTAMA BERJALAN LANCAR, TIADA ADUAN TEKNIKAL – LIM
Kementerian Kewangan (MOF) tidak menerima sebarang aduan teknikal berkaitan pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak seluruh negara, yang bermula hari ini.
GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan (MOF) tidak menerima sebarang aduan teknikal berkaitan pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak seluruh negara, yang bermula hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pelaksanaan BUDI95 dengan melibatkan anggota tentera dan polis sebagai kumpulan pertama menikmati inisiatif itu bermula hari ini, berjalan lancar di seluruh negara tanpa sebarang aduan diterima daripada pengguna.
“Berdasarkan tinjauan di stesen minyak, didapati sistem penggunaan MyKad bagi menebus subsidi berjalan lancar.
“Setakat ini kami (MOF) juga tidak menerima laporan mengenai gangguan sistem atau masalah pengisian minyak daripada mana-mana stesen minyak seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program BUDI95: Pengisian Minyak Bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Jelutong di sini hari ini.
Inisiatif BUDI95 mula dilaksanakan tengah malam tadi, dengan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menjadi kumpulan peringkat pertama menikmati subsidi petrol RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter berbanding pasaran semasa RM2.05 seliter.
Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata melalui BUDI95, sebanyak 16.4 juta warganegara dengan lesen memandu aktif layak menerima kuota petrol bersubsidi hingga 300 liter sebulan.
Beliau berkata mereka boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter dan harga itu juga jauh lebih rendah berbanding Singapura iaitu RM9.02 seliter manakala Thailand RM5.68 seliter.
”Sebelum BUDI95 diperkenalkan, kerajaan menanggung subsidi RON95 sekitar RM8 bilion setahun dan dengan BUDI95, unjuran penjimatan adalah antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, bergantung kepada harga minyak mentah dunia. Penjimatan ini akan digunakan semula untuk manfaat rakyat melalui pelbagai program kesejahteraan,” katanya.
Beliau berkata sebarang masalah berkaitan MyKad boleh diselesaikan segera dengan penggantian cip baharu secara percuma di Jabatan Pendaftaran Negara hingga 7 Okt ini.
”Untuk pembelian RON95 bersubsidi, MyKad mesti digunakan sebagai pengesahan warganegara Malaysia. Kerajaan turut menyediakan pilihan pembayaran digital melalui e-dompet Touch ‘n Go dan aplikasi rasmi syarikat minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo dan Shell App,” katanya.
Lim berkata MOF juga bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melanjutkan waktu operasi kaunter hujung minggu hingga 26 Okt ini bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu mereka.
Kerajaan juga, katanya sedang berbincang dengan syarikat pengendali e-panggilan untuk memperincikan mekanisme khas supaya golongan pemandu tidak terjejas dan terus menikmati subsidi petrol.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked