SEMAKAN PENJUALAN KURMA ISRAEL DIMASUKKAN DALAM SOP OP PANTAU RAMADAN, AIDILFITRI – KPDN
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus membuat pemantauan berhubung penjualan kurma dari Israel didakwa masih terdapat di pasaran termasuk yang dijual dalam talian.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus membuat pemantauan berhubung penjualan kurma dari Israel didakwa masih terdapat di pasaran termasuk yang dijual dalam talian.
Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN melaksanakan pemantauan melalui pelbagai akta khususnya Akta Perihal Dagangan 2011 bagi mengelakkan produk kurma itu ditawarkan kepada pengguna.
“Kita telah serta-merta memasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan terma rujukan Op Pantau yang kita lancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri ini bagi melihat secara terperinci berkaitan dengan penjualan kurma yang didakwa tersebut.
“Kita amat berharap kerjasama daripada seluruh masyarakat dan aduan awam dalam platform-platform rasmi yang wujud di KPDN,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk mengatasi penjualan kurma dari Israel melalui dalam talian dan sama ada kerajaan perlu meminda undang-undang untuk pastikan produk-produk Israel tidak mudah dapat masuk ke negara ini.
Armizan berkata KPDN memandang serius isu berkenaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk mengelirukan pengguna.
“Di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan penalti seperti individu didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM250,000,” katanya.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada sidang media semalam memaklumkan merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di Klang, Selangor pada Selasa (12 Mac).
Sementara itu mengenai Op Pantau 2024 sempena Ramadan tahun ini, Armizan berkata dalam tempoh dua hari dari 12 Mac hingga semalam, KPDN telah melakukan pemeriksaan di 3,099 premis dengan 11 kes direkodkan termasuk enam kes membabitkan pencatutan.
“KPDN telah mengeluarkan notis untuk peniaga tersebut menjawab dan memberi maklum balas tentang harga ditawarkan. Namun, KPDN mengharapkan aduan itu spesifik supaya kita boleh membuat pemeriksaan di lokasi yang dinyatakan dalam aduan, bukannya sekadar ditularkan harga tersebut.
“Pertamanya aduan, sekiranya terdapat perkara menjadi keprihatinan maklumkan kepada kita di portal rasmi (KPDN) untuk kita buat siasatan secara khusus. Kedua, kita juga merayu kepada pengguna untuk menggunakan hak mereka dalam memilih produk pada harga berpatutan,” katanya.
Armizan menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai isu harga makanan di bazar Ramadan yang mahal sehingga tular di media sosial, selain ingin tahu perkembangan berkaitan Op Pantau 2024 oleh KPDN. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked