Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID KAPITAN KELING TAWAR HADIAH KEPADA KANAK-KANAK SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT

DALAM NEGARA

MASJID KAPITAN KELING TAWAR HADIAH KEPADA KANAK-KANAK SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT

GEORGE TOWN: Masjid Kapitan Keling di sini menawarkan pelbagai hadiah kepada kanak-kanak yang lengkap solat tarawih 20 rakaat sebagai inisiatif bagi memupuk semangat anak-anak jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.

Bernama

GEORGE TOWN: Masjid Kapitan Keling di sini menawarkan pelbagai hadiah kepada kanak-kanak yang lengkap solat tarawih 20 rakaat sebagai inisiatif bagi memupuk semangat anak-anak jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.

Hadiah diberikan berdasarkan cap pada buku khas yang ditandatangani Pengerusi masjid Datuk Faruk Raja Mohamed setiap kali selepas selesai solat tarawih selama 10 hari sejak malam 1 Ramadan, dan antara hadiah-hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya solat tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari dan sepanjang bulan puasa dengan pihaknya menyediakan tiga kali pemberian hadiah.

Beliau berkata ia sebagai galakan atau motivasi kepada kanak-kanak berkenaan bagi hadir ke Masjid Kapitan Keling menjalani solat tarawih dan sasaran pihaknya pada tahun ini seramai lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid.

“Inisiatif itu bukan sahaja memberi semangat kepada kanak-kanak, malah mereka berazam mahu menghabiskan solat tarawih sehingga malam terakhir Ramadan,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Turut hadir pada hari pertama program itu ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading