MINA: Kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia termasuk 26 pesakit berjaya dibawa ke Arafah untuk berwukuf pada 8 Zulhijjah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata sebanyak empat bas khas yang diubah suai disediakan untuk jemaah yang sakit dan uzur dari Pusat Kesihatan TH Syisyah, Makkah bersama 68 petugas perubatan dan dibantu 22 petugas Tabung Haji.
“Pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usahanya bagi memastikan kesempurnaan ibadah haji bagi jemaah yang sakit dan uzur melalui pelaksanaan Safari Wukuf yang telah diperkenalkan sejak 2016.
“Ia bertujuan membawa mereka yang sakit untuk berwukuf di Arafah dengan meneruskan proses perawatan pesakit di dalam ambulans dan bas yang disediakan,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat perubatan itu.
Idris berkata setakat 9 Julai, terdapat 32 pesakit dirawat di Pusat Kesihatan TH Syisyah manakala seorang dirawat di hospital Arab di Mina.
Beliau yang sempat memantau urusan rombongan haji Malaysia di Arafah serta Pusat Perubatan TH Syisyah, turut memuji kemudahan perubatan serta perkhidmatan diberi TH demi keselesaan jemaah haji.
Sumber Gambar: Tabung Haji
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa selepas wukuf dan bermabit di Muzdalifah pada 8 dan 9 Zulhijjah, semua jemaah haji Malaysia kini berada di Mina untuk melaksanakan ibadah melontar bagi hari ke-10 hingga 13 Zulhijjah.
Waktu ibadah melontar bagi jemaah Malaysia ialah pada 8 hingga 10 malam serta selepas subuh.
“Ibadah melontar memberikan cabaran kepada jemaah haji kerana ia melibatkan perjalanan sejauh 10 km dari khemah ke Jamrah dan balik semula ke khemah.
“Saya menyarankan agar setiap jemaah haji memberikan perhatian kepada setiap arahan yang diberikan oleh petugas TH serta mengikut waktu melontar yang ditetapkan demi keselamatan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan agar jemaah haji yang sedang melakukan ibadah melontar selama tiga hari di Mina, untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal terutama aspek kesihatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked