Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, DUA CEDERA PARAH DALAM NAHAS ENAM KENDERAAN

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, DUA CEDERA PARAH DALAM NAHAS ENAM KENDERAAN

Akibat kejadian, tiga mangsa tersepit dengan dua daripadanya yang cedera parah telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak ambulans.

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terlibat dengan kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar ke Bukit Raja, Lebuhraya Persekutuan di sini pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 7.47 pagi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian mendapati enam kenderaan berlanggar dari belakang secara berturut-turut. 

“Akibat kejadian, tiga mangsa tersepit dengan dua daripadanya yang cedera parah telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak ambulans.

“Seorang lagi mangsa yang berusia 57 tahun dikeluarkan oleh pihak bomba, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading