60,000 UNIT RUMAH SELANGORKU DITAWAR MENJELANG 2025
Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
KLANG: Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata dasar baharu yang berkuat kuasa pada 3 Jan lepas merupakan inspirasi kerajaan negeri dalam menawarkan pilihan baharu bagi projek Rumah Selangorku.
Menurut Amirudin Rumah Selangorku 3.0 adalah penambahbaikan dasar baharu yang dibuat kerajaan negeri dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, speksifikasi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.
“Apa yang menarik berkenaan dasar Rumah Selangorku 3.0 adalah ia menawarkan pilihan unit berdasarkan kepada keperluan iaitu golongan bujang untuk jenis solo (satu bilik) manakala golongan berkahwin untuk jenis duo (dua bilik), trio dan quad (tiga bilik),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Kepada Pembeli Rumah Selangorku dan Penyerahan 30 unit Skim Smart Sewa bagi Projek Rumah Selangorku Kemuning Idaman di sini hari ini.
Amirudin berkata harga jualan yang ditawarkan untuk projek itu bermula daripada RM114,750 seunit hingga RM250,000 seunit termasuk kos guaman, memorandum pemindahan dan kos penyelenggaraan selama dua tahun oleh pemaju.
“Melalui dasar baharu ini, kita sudah melangkah satu era baharu dalam pembangunan perumahan yang lebih mampan dan kondusif dan diharapkan ia dapat memberikan momentum yang baik dalam merancakkan sektor pembinaan perumahan di Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata setakat 1 Jan lepas sebanyak 386 projek telah diluluskan oleh kerajaan negeri melibatkan 221,671 unit Rumah Selangorku termasuk rumah MBI Idaman dan Rumah Harapan dengan 93 projek daripadanya yang melibatkan 33,071 unit siap dibina dan diserahkan kunci.
Selain itu, sebanyak 61 projek dalam pembinaan melibatkan 16,965 unit Rumah Selangorku manakala bakinya masih dalam peringkat perancangan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked