Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHAHMI JUARA AKADEMI SILAT PENDEKAR MUDA

UTAMA

SHAHMI JUARA AKADEMI SILAT PENDEKAR MUDA

image

Pendekar Muda Shahmi

SHAH ALAM, 1 Jun : Shahmi diumumkan sebagai juara rancangan realiti silat TV AlHijrah, Akademi Silat Pendekar Muda yang berlangsung di Stadium Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam. Ahmad Shahmi Shaari atau lebih dikenali sebagai Pendekar Muda Shahmi menewaskan 3 finalis lain apabila berjaya melaksanakan 3 persembahan silat berbentuk seni dan tempur yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah dan portal http://www.alhijrahmedia.com. Shahmi membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM100,000. Manakala naib juara Pendekar Muda Muhammad Adib Jamaluddin beserta 8 pendekar lain menerima hadiah berupa pakej umrah dari pihak penaja. Akademi Silat Pendekar Muda adalah sebuah program realiti kerjasama TV AlHijrah dan Kementerian Belia Sukan serta Pertubuhan Daie Muda bagi mencungkil bakat kemahiran remaja seluruh negara dalam seni persilatan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading