Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLAT DAN AKTIVITI AGAMA DI KELANTAN IKUT KAPASITI MASJID

DALAM NEGARA

SOLAT DAN AKTIVITI AGAMA DI KELANTAN IKUT KAPASITI MASJID

KOTA BHARU: Kelantan membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti kegamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini.

Dalam masa yang sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, aktiviti masjid seperti zikir, kelas al-Quran, kuliah umum atau khas mengikut kapasiti sebenar masjid juga dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

“Kebenaran itu diberikan kepada semua masjid, surau dan musala di seluruh Kelantan. Ianya berikutan Kelantan sudah berada dalam tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Perkara ini mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan dan jika didapati ada pihak yang melanggar SOP yang ditetapkan ini, masjid, surau dan musalla akan diarahkan tutup.

“Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading