Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLIDARITI PALESTIN: SOLAT HAJAT SELEPAS JUMAAT DI MASJID, SURAU DI SELANGOR

DALAM NEGARA

SOLIDARITI PALESTIN: SOLAT HAJAT SELEPAS JUMAAT DI MASJID, SURAU DI SELANGOR

Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa

Foto AFP

SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan lebih 350 rakyat Palestin ditahan. 

Katanya kerajaan negeri dan rakyat Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu yang berlaku sebelum waktu subuh ketika jemaah Palestin berada di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

“Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini,” katanya. 

Amirudin berkata tindakan kejam itu kerap berulang terutamanya pada Ramadan seperti yang berlaku pada April tahun lepas. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading